Thursday 14 November 2013

KERJASAMA ANTARA KAUM KE ARAH KEMERDEKAAN

KEARAH MENCAPAI PERPADUAN KAUM
a) Penubuhan Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum
b) Usaha Parti-Parti Politik Mewujudkan Perpaduan Kaum
c) Pendidikan Alat Perpaduan
d) Kerjasama Kaum Ke Arah Berkerajaan Sendiri
e) Sistem Ahli
f) Syarat Kerakyatan
g) Perlu Perikatan
h) Pilihanraya

1. Bagi kestabilan politik,ekonomi, dan keharmonian masyarakat maka British telah memberi syarat supaya kerjasama kaum diadakan jika tanah Melayu ingin mendapat kemerdekaan

a) Penubuhan Jawatankuasa hubungan antara kaum.(CLC).

- keanggotaan
i) Umno - diketuai oleh Dato’ Onn Ja’afar
ii) MCA - diketuai oleh Tun Tan Cheng Lock
iii) Seorang wakil kaum India,Ceylon,Serani dan Eropah.
iv) Pemgerusi ialah Dato’ E>E>C Thuraisingam dan penasihat Sir Malcolm Mac Donald (Gabenor Jeneral Asia Tenggara)
- Rundingan 
i) Hasil daripada kompromi sebagai tolak ansur antara UMNO-CLC maka beberapa 
perkara penting telah dipersetujui
ii) Hasil rundingan - kelonggaran syarat kerakyatan
- Bantuan ekonomi dan pelajaran kepada orang melayu.
- pilihanraya akan diadakan
- pembentukan sistem pendidikan




b) Parti-parti politik kearah perpaduan kaum
- UMNO Dato’ Onn Ja’afar
i) membuka keahlian kepada bukan melayu
ii) syarat kerakyatan Persekutuan dan negeri dilonggarkan.
iii) mencadangkan sistem ahli

- Tunku Abdul Rahman
i) menubuh parti perikatan

- MIC K.L Deraser
i) menyokong kerjasama kaum dalam sebuah parti
ii) menganggotai parti perikatan pada tahun 1955

- MCA Tun Tan Cheng Lock
i) menyokong kerjasama kaum dalam sebuah parti (IMP)
ii) menyokong pembentukan parti perikatan.

- IMP Dato’ Onn Ja’afar
i) konsep kerjasama kaum dalam satu parti
ii) membuka keahlian kepada semua kaum

- PAS Hj. Ahmad Fuad
i) keahlian parti kepada semua orang Islam tanpa mengira kaum
ii) menyertai konvensi Nasional tajaan UMNO (1954)

- Parti Negara Dato’ Onn Ja’afar
i) terbuka kepada semua kaum
ii) menerima kenyataan Jus Soli dengan syarat ibu atau bapa telah menjadi 
warganegara Tanah Melayu
iii) konsep semua kaum dalam parti.

c) Pendidikan alat perpaduan
- sistem pendidikan yang sama dapat menyatukan rakyat Tanah Melayu dan melahirkan perasaan 
taat setia yang tidak berbelah bagi.
- cadangan laporan pelajaran Tanah Melayu
- Laporan Barne 1951.
i) wajib bagi pendidikan sekolah rendah
ii) bahasa penghantar Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris
iii) bahasa penghantar Bahasa Inggeris bagi Sekolah Menengah.
- Laporan Fenn-Wu 1951
i) menolak Laporan Barnes kerana ingin mengekalkan sistem pendidikan Vernakular Cina.
- Ordinan Pelajaran 1952
i) Pendidikan sekolah rendah wajib
ii) Bahasa Melayu sebagai bahasa penghantar Sekolah Rendah
iv) Bahasa penghantar Bahasa Inggeris bagi Sekolah Menengah.






- Laporan Razak 1956
i) Sistem sekolah umum menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa penghantar bagi 
sekolah rendah dan menengah
ii) Sekolah jenis umum menggunakan bahasa Cina,Tamil dan Inggeris sebagai bahasa 
Penghantar
iii) Pendidikan rendah adalah wajib
iv) Bahasa Ibunda diajar jika terdapat 15 orang pelajar yang memohon.
v) Sekolah pelajaran,sistem peperiksaan,latihan perguruan dan sistem Nazir yang sama.





KERJASAMA KAUM KE ARAH BERKERAJAAN  SENDIRI

Kerjasama kaum menjadi prasyarat bagi PTM untuk berkerajaan sendiri.


a)Sistem ahli.
- Idea penubuhan oleh Dato’ Onn Ja’afar Diperkenalkan untuk melatih orang melayu dan kaum 
lain dalam pentadbiaran Tanah Melayu dilaksanakan April 1951-Jun 1955
- Ciri-ciri sistem Ahli.
i) Sistem kabinet bayangan
ii) Anggota dikenali sebagai ahli
iii) Pelantikan oleh pesuruhjaya Tinggi British dengan persetujuan Majlis Raja-Raja Melayu
iv) Ahli di bawah kuasa Pesuruhjaya Tinggi British
v) Ahli seramai 9 orang - 5 penduduk Tanah Melayu
- 4 pegawai British.

b)Kelonggaran syarat kerakyatan Persekutuan.
- Persekutuan
i) secara kuatkuasa undang-undang
ii) secara permohonan
iii) Secara naturalisasi
iv) RIDA ditubuhkan sebagai tukar ganti kepada kelonggaran kerakyatan Persekutuan dan negeri pada tahun 1951
- Tujuan RIDA adalah membantu meningkatkan taraf sosioekonomi orang melayu
- Tukar ganti menunjukkan kerjasama erat antara orang melayu dengan kaum lai n demi merialisasikan perpaduan kaum 

c)Parti perikatan
- Penubuhannya melahirkan perpaduan dan keharmonian pelbagai kaum
- Kerjasama tersebut dapat mewujudkan suasana politik yang stabil dan kepentingan ekonomi 
terjamin.
- Kerjasama ini juga dapat melemahkan pengaruh Parti Komunis Malaya

d)Pilihanraya
- pilihanraya diadakan untuk memberi peluang kepada rakyat untuk menentukan kerajaan yang boleh 
memerintah.
i) Majlis Bandaran
- ahli-ahli majlis Bandaran dipilih melalui pilihanraya oleh penduduk bandar berkenaaan
- 1951 - Di Georgetown,Pulau Pinang
- 1952 - Di Kuala Lumpur
ii) Pilihanraya Negeri
- kemenangan parti perikatan UMNO-MCA menunjukkan penerimaan orang ramai
terhadap kerjasama antara kaum dalam politik tanah air
- konsep kerjasama mengukuh keyakinan rakyat kepada Parti Perikatan
iii) Pilihanraya Majlis Perundangan Persekutuan
- British telah menubuhkan Jawatankuasa Pilihan Raya 1954
- Peruntukan jumlah keseluruhan anggota Majlis Perundangan Persekutuan (MPP)
ialah sebanyak 100 kerusi.
- Jawatankuasa mencadangkan 52 kerusi dipilih melalui pilihan raya dan 48 ahli MPP 
dilantik oleh Pesuruhjaya Tinggi British.Parti Perikatan menentang dan menuntut tiga
perlima akhirnya dipilih.
- Tunku Abdul Rahman telah ke London untuk menuntut kerusi dalam pilihanraya 
tetapi gagal.

d)Pilihanraya
- pilihanraya Majlis Perundangan Persekutuan
i) Pilihanraya Majlis Perundangan Persekutuan (MPP) diadakan pada 27 Julai 1955.
ii) Parti Perikatan telah mengeluarkan Manifesto yang pertama dalam Pilihanraya.
- dalam tempoh 4 tahun kemerdekaan akan dicapai
- pendidikan rendah diwajibkan
- melindungi hak-hak Raja-Raja Melayu sebagai Raja Berperlembagaan
- Menamatkan daruat
- Menjadikan perkhidmatan awam yang bercorak tempatan
iii) Kemenangan Parti Perikatan adalah kerana:-
- sikap tolak ansur parti dalam pembahagian kerusi pilihanraya
- kebijaksanaan pemimpin
- kesanggupan setiap kaum untuk berkongsi kuasa dalam politik negara
- kesepakatan menentang komunis
- semangat untuk mencapai kemerdekaan
- Manifesto pilihanraya yang dapat diterima umum

Rumusan 
--Kemenangan Parti Perikatan dalam setiap Pilihanraya telah menunjukkan bahawa dasar kerjasama kaum dan politik merupakan pendekatan terbaik bagi masyarakat

No comments:

Post a Comment