SEBAB - SEBAB PERJANJIAN PANGKOR
KETIDAKSTABILAN PERAK
- Daerah Larut mempunyai longgokan bijih timah yang banyak khususnya di daerah Kelian Pauh dan Kelian Bharu.
- Pada tahun 1848,Long Jaafar memajukan perlombongan bijih timah di larut dengan membawa masuk buruh dari China secara beramai - ramai.
- Buruh Cina ini menjadi kongsi gelap seperti Gee Hin dan Hai San.
- Kemasukan mereka ke lombong di Larut mencetuskan pergaduhan diantara mereka kerana merebut kuasa keatas perlombongan.
- Pergaduhan ini dikenal sebagai Perang Larut.
- Perang Larut menjejaskan perusahaan bijih timah di negeri Perak.
- Menteri Larut iaitu Ngah Ibrahim telah melantik Timbalan Pesuruhjaya Negeri -Negeri Selat,Kapten Speedy,untuk membantu menamatkan kekacauan tersebut.
NGAH IBRAHIM - Keadaan di Perak bertambah buruk apabila perebutan takhta berlaku kerana sistem pewarisa takhta yang diamalkan tidak dipatuhi dengan sepenuhnya.
SISTEM PEWARISAN TAKHTA KERAJAAN PERAK
- Selepas Sultan Ali mangkat pada tahun 1871,Raja Ismail yang merupakan Raja Bendahara dilantik menjadi Sultan Perak.Prosesnini mengenepikan Raja Muda,iaitu Raja Ismail.
- Pelantikan Raja Ismail sebagai Sultan Perak ditentang oleh Raja Abdullah dan Raja Yusof.
- Raja Abdullah menentang kerana beliau sepatutnya menjadi Sultan Perak yang menggantikan Sultan Ali,manakala Raja Yusof yang memegang jawatan Raja Di Hilir sebelum itu diketepikan sama sekali kerana beliau tidak disukai oleh pembesar - pembesar Perak.
- Raja Abdullah yang mendapat sokongan pembesar di hilir Perak seperti Dato' Maharaja Lela dan Dato' Sagor,melancarkan penentangan dengan hebatnya.
- Raja Abdullah terus berkuasa di Hilir Perak ,membataskan kuasa Sultan Ismail di Hulu Perak sahaja.
- Pertabalan Raja Ismail sebagai Sultan Perak menyebabkan perpecahan di kalangan pembasar Perak dan keadaan ini menggugat keamanan di negeri Perak.
- Raja Abdullah seterusnya meminta bantuan British untuk mengiktiraf beliau sebagai Sultan Perak yang sah.
- Gabenor Negeri - Negeri Selat,iaitu Andrew Clarke,melihat permintaan Raja Abdullah sebagai satu peluang yang baik untuk membolehkan British menguasi Perak melalui proses campur tangan.
- Andrew Clarke cuba menamatkan kekacauan di negeri Perak dengan mengumpulkan pembesar - pembesar Melayu Perak serta ketua - ketua kongsi gelap Cina untuk berunding di Pulau Pangkor.
- Rundingan yang kemudiannya menghasilkan Perjanjian Pangkor diakan di atas kapal perang British H.M.S PLUTO yang berlabuh di Pulau Pangkor.
H.M.S PLUTO - Sultan Abdullah ,Ngah Ibrahim,dan Dato' Sagor telah menyertai rundingan terselah menyertai rundingan tersebut,manakala Raja Ismail tidak hadir kerana lewat menerima surat jemputan.
- Hasil daripada rundingan tersebut,termetrailah Perjanjian Pangkor pada 20 Januari 1874.
- Melalui Perjanjian Pangkor 1874,Sultan Abdullah diiktiraf sebagai Sultan Perak,tetapi baginda dikehendaki menerima seorang penasihat British yang bergelar Residen.
J.W.W BIRCH
(RESIDEN PERAK) - Residen akan menasihati sultan dalam semua perkara ,kecuali hal-hal berkaitan agama Islam dan adat istiadat orang Melayu.
- Residen juga bertanggungjawab menguruskan cukai dan mengawal keamanan di negeri Perak.
- Perjanjian Pangkor menandakan bermulanya penguasaan British secara langsung dalam pentadbiran dan pemerintahan negeri Perak.
- Selepas itu,British terus berusaha mencari peluang untuk kuasanya ke negeri - negeri Melayu lain yang kaya untuk kepentingan ekonomi mereka.
- Sebagai kesan daripada perjanjian Pangkor,British campur tangan secara rasmi di negeri Perak kuasa memerintah sultan dan pembesar mula terhakis.
No comments:
Post a Comment