Wednesday, 13 November 2013

PERANG KLANG DI SELANGOR

 PERANG KLANG


  • Lembah Sungai Klang di Selangor kaya dengan bijih timah.
  • Daerah Klang pada mulanya diletak di bawah kekuasaan Raja Sulaiman.
  • Apabila Raja Sulaiman mangkat,daerah Klang diserah kepada Raja Abdullah.
  • Penyerahan ini tidak dipersetujui oleh Raja Mahadi,iaitu putera Raja Sulaiman.
  • Raja Abdullah juga memajukan perlombongan bijih timah secara besar - besaran di daerah Klang dengan membawa masuk buruh dari China.
  • Lombong-lombong bijih timah dibuka di Kuala Lumpur dan Ampang.
  • Pada tahun 1860,daerah Klang berkembang maju sebagai pusat pengeluaran bijih timah utama di negeri Selangor.
  • Rebutan ke atas kekeyaan dan hak kekuasaan di Klang mencetuskan perang saudara yang dikenal sebagai Perang Klang.
  • Perang saudara bertambah buruk apabila merebak ke daerah lain di Selangor.
  • Sultan Abdul Samad yang ditabal menjadi Sultan Selangor pada tahun 1857 melantik menantu baginda,Tengku Kudin untuk menamatkan Perang Klang.

    RAJA ABDULLAH 


    TENGKU KUDIN

    SULTAN ABDUL SAMAD

  • Pelantikan Tengku Kudin sebagai perantaraan tidak diterima oleh Raja Mahadi dan pembesar lain,kerana beliau bukan anak negeri Selangor.
  • Penentangan daripada pembesar menyebabkan Tengku Kudin mendapatkan bantuan daripada British untuk menamatkan kekacauan.
  • British mengambil kesempatan ini untuk mendesak Sultan Abdul Samad  supaya menerima Residen British,tetapi gagal.
  • Untuk mencapai matlamat campur tangan mereka di Selangor ,British terus berusaha mencari peluang untuk memaksa Selangor menerima residen British.
  • Pada 1873,sebuah kapal dagang British dirompak berhampiran Langat dalam perjalanannya dari Pulau Pinang ke Melaka.
  • Setahun selepas itu,iaitu pada 1874,rumah api yang dibina oleh British di Tanjung Rachado telah diserang.
  • British mengguna kedua - dua peristiwa itu untuk paksa Sultan Abdul Samad meletakkan Selangor dibawah naungan British.
  • Pada 1874, J.G Davidson dilantik menjadi residen Selangor yang pertama,manakala Frank Swettenham dilantik menjadi penolong residen.



    J.G DAVIDSON
    FRANK SWETTENHAM

No comments:

Post a Comment