Wednesday, 13 November 2013

TAMADUN AWAL ASIA TENGGARA

TAMADUN AWAL ASIA TENGGARA





Pengenalan


·        Kemunculan Tamadun awal Asia Tenggara dapat dibuktikan dengan wujudnya  kerajaan awal di Tanah Besar spt:Funan, Chenla, Angkor, Sukhotai, dan Ayuthia. Di kawasan kepulauan Melayu dapat dilihat melalui Kedah Tua, gangga Negara dan Langkasuka, Srivijaya, Majapahit, Singhasari dan Mataram.
·        Bukti kewujudan dapt dilihat menerusi sumber bertulis dan artifak arkeologi.
·        Sumber Cina: Funan wujud pada 3M – yg awal di AT. Data arkeologi Funan wujud 3M – bukti jumpa seni arca unsur Hindu Buddha. Langgamnya dipengaruhi langgam Amaravati di India.
·        Tahap awal jalin hubungan diplomatik dgn Cina hubungan budaya dengan India. Hubungan petempatan wujud sejak zaman logam – hubungan dagang.
·        Buktinya jumpa artifak gendang gangsa Dongson dari Dongson, Vietnam Utara di Batu Buruk Trengganu, Sg tembeling, Sungai Klang,Thai, Indonesia, dan Burma.
·        Hubungan dagang Rom juga wujud – buktinya persamaan artifak manik di Kuala Selinsing, Kota Tinggi, dan Muar, Pantai Barat dan Selatan Siam.
·        Petempatan awal merupakan pembekal bahan mentah dan pelabuhan pembekal kerana berhampiran dengan sungai.- tetapi belum ditakrif sebagai kerajaan sebab tidak ada raja.
·        Tamadun Awal AT seiring dengan perkembangan perdagangan maritim – yang berkembang dengan kapal layar dan perahu.
·        Manik dan tembikar bukti perdagangan di AT mula sejak 5SM dan petempatan awal pada 2 @ 3M.
·        Bukti proses tamadun ambil masa 600- 700 tahun untuk bentuk kerajaan.





Bentuk Kerajaan Awal


Dibahagi 2 : Kerajaan Agraria dan Kerajaan Maritim. Berasaskan kedudukan geografi dan sosioekonomi.

·        Kerajaan Agraria

1.     Kerajaan berasaskan  ekonomi pertanian, penternakan, dan pemungutan hasil hutan dan sungai. Terbentuk berhampiran lembah sungai yg subur spt kerajaan Dvaravati – Sungai Menam, Thailanddan Sg Irrawady, Kerajaan Sungai Merah, Vietnam, Kerajaan Sg Mekong ( Kemboja, Loas, dan Vietnam)
2.     Selain itu dapat juga di pedalaman – kaw. Berbukit dan lereng gunung berapi spt kerajaan taruma di Tanah Tinggi Dieng, Indonesia..
3.     Kerajaan awal yg terkenal: Sailendra ( Jawa tengah ), Angkor ( Kemboja ), dan Sukhotai ( Thailand ). Funan dari agraria ke maritim
4.     Terbentuk secara evolusi – jadi petempatan kekal kemudian bandar dan kerajaan.
5.     Tanaman utama : Padi sawah, padi huma, jagung , pisang, keledek, dan sayur-sayuran. Rempah ratus spt – cengkih, dan lada hitam hasil hutan spt gaharu, kapur barus, tanduk, gading, damar, kayu cendana, dan pelbagai buahan.
6.     Lain-lain : Sarang burung utk perdagangan, Menangkap ikan di sawah, paya dan sungai, kulit kura-kura.
7.     Ternakan haiwan spt lembu, kerbau, kambing, dan ayam.
8.     Tahap awal pertanian utk sara diri kemudian komersil – ia dipengaruhi pembinaan sistem pengairan. Funan dan Angkor pengairan dari sungai Mekong dan Tasik Tonle Sap. – raja da kerajaan bertanggungjawab membina dan mengurusnya spt zaman Raja Indravarman 1 (877M) – bina sistem pengairan dan baray – tempat takungan air seperti tasik.- Majukan pertanian Angkor.
9.     Kerajaan Angkor kuat sebab kedudukannya dekat dengan Tasik Tonle Sap dan Sungai Mekong. Cuaca yang sesuai dan tanah yang subur.- utk padi, ikan air tawar, punca air minum – upaya tampung penduduk yg ramai.





·        Kerajaan Maritim

1.     Kerajaan yg menjalankan ekonomi perdagangan dan kelautan serta pelabuhan.Terletak pesisiran pantai, lembah sungai, dan kepulauan spt Srivijaya di Sungai Musi, Kedah Tua – Sg Merbok dan Sg.Muda, Tiumah di Pulau Tioman.
2.     Kearajaan utama : Langkasuka  ( Sungai Yarang ), Kataha/Chieh-cha/Kedah Tua ( Sungai Merbok dan Sg.Muda ), Chih Tu  ( Sungai Kelantan ), Srivijaya ( Sungai Musi ), Mo-lo-yu ( Sungai Batang Hari ), Kalah ( Sungai Takuapa), Fo-lo-an         ( Sungai Trengganu ), Peng-keng ( Sungai Pekan )dan Tiumah di Pulau Tioman.
3.     Bermula dengan tangkap ikan dan hasil laut – jadi kampung nelayan – ada juga berkembang jadi kaw. Emas dan timah. Wujud lebihan pengeluaran – didagang – jadi pusat dagang – pelabuhan pembekal spt  Klang dan Kuala Selingsing          ( Perak ). – Disinggahi – dapatkan barang spt. Damar, rotan, emas, timah, dan hasil laut.
4.     Maju – jadi pelabuhan kerajaan spt. Kedah Tua, Langkasuka, dan Srivijaya. – Mula perdagangan yg berhampiran kemudian berkembang jauh.
5.     Kedudukan di tengah perjalanan Timur Barat jadikan Kedah Tua dan Srivijaya maju. Dekat dengan Selat Melaka dan Selat Sunda – laluan dagang antarabangsa. – jadi pelabuhan entrepot – pembekal emas, timah, hasil hutan, dan hasil kerajaan persekitarannya.
6.     Emas banyak – T Melayu dikenali sbg. Semenanjung Emas, Sumatera – Bumi Emas. Tarikan org India dan Yunani.
7.     Bahasa melayu – bahasa lingua franca – penduduknya: orang tempatan, orang laut dan pedagang luar. Org Melayu – terkenal pelaut, pedagang, peneroka – punyai pelabuhan yang lengkap spt di Champa, dan Srivijaya. – Mampu belayar dan berkemahiran buat perahu dan kapal layar. Tahu juga kaedah bintang di langit.

·        Kerajaan Maritim Srivijaya

1.     Terletak di Sungai Musi. Punyai tentera yg  besar.- Kawal keselamatan dan perdagangan di Selat Melaka.
2.     Rakyat terdiri – orang laut dan pelbagai golongan lain.
3.     Pelabuhan strategik ditengah laluan Timur dan barat di Selat Melaka. – Bekalkan barang dagang di kawasan jajahan takluk dan pemerintahannya. – Ia juga mampu bina kapal besar kata I Tsing.
4.     Anutan agama Hindu.
5.     Jadi kuasa Maritim Utama dengan cara
                                                              i.      Ada bala trentera yang besar kawal perdagangan dan jalan laut seperti di Selat Melaka.
                                                            ii.      Kedudukan pelabuhan yang strategik  dan jadi pusat persinggahan kapal yang berdagang antara Cina dan India.
                                                          iii.      Ada hasil barangan untuk perdagangan antara bangsa yang dibekalkan oleh wilayah taklukannya.
                                                         iv.      Keupayaan membina kala besar.

·        Kerajaan Maritim Kedah Tua

1.     Terletak di Sungai Merbok dan Sg.Muda, Kedah. Jadi pelabuhan entrepot. Bukti : jumpaan tembikar Cina Dinasti Tang, Song, dan Yuan, pelita tembaga dan tembikar dari Timur tengah, manik dari India, Sri Lanka dan Myanmar. Banyak terpengaruh dengan Srivijaya.
2.     Panduan ke pelabuhan – Gunug Jerai.
3.     Kedudukan strtegik – Selat Melaka, terlindung dari angin monsun, laluan Timur dan Barat.
4.     Wujud tempat penyimpanan barang spt. Damar, rotan dan timah. Barangan luar yang ada spt. Teh, sutera, kaca, manik dan tembaga.

·        Hubungan Kerajaan Maritim dan Kerajaan Agraria


1.     Agraria hasilkan beras , makanan dan hasil hutan kepada kerajaan maritim Kerajaan maritim bekalkan barangan mewah spt tembikar, tekstil, gelas, dan manik. – Berlaku perdagangan – cara tukar barang @ sistem barter.
2.     Kerajaan maritim juga perlukan kayu dari kerajaan agraria untuk buat kapal – guna tukang kayu kerajaan agraria.
3.     Kerajaan maritim juga perlukan gajah – diperoleh dari kerajaan agraria.
4.     Berlaku hubungan dan saling perlu memerlukan antara kerajaan – hubungan diplomatik.

·        Ciri-Ciri Kerajaan Maritim
1.     Pelabuhan Pembekal kemudian pelabuhan kerajaan
2.     Terletak dipesisiran pantai, sungai dan di kepulauan
3.     Pelabuhan entrepot
4.     Penduduknya pelbagai terdiri daripada orang tempatan, pedagang luar, orang laut.
5.     Wujud bahasa lingua franca
6.     Kerajaan maritim srivijaya ada bala tentera laut yang besar dan kuat.
7.     Pelabuhannya menjadi tempat persinggahan kapal
8.     Menjadi pusat perkembangan agama hindu buddha.

·        Peranan Pelabuhan Kerajaan Maritim
1.     Pelabuhan Pembekal – bekalkan barangan tempatan  kepada pedagang kemudian pelabuhan kerajaan  apabila  menjadi sebuah kerajaan dan negeri dan jadi pelabuhan entrepot – membekalkan hasil tempatan dan luar kepada perdagangan antarabangasa.
2.     Pelabuhannya menjadi tempat persinggahan kapal.



Pengaruh Hindu Buddha


Amalan masyarakat dalam Zaman Logam – Animisme . Dalam abad ke 3M dipengaruhi kepercayaan dan budaya kerajaan India .
Antaranya sistem kepercayaan dan agama, sistem pemerintahan beraja, kesenian dan kesusasteraan.
Bukti kemasukan pengaruh India:
Peninggalan data arkeologi seperti Candi Lembah Bujang, Candi Borobudur, Candi di Angkor.
Perkembangan agama Hindu dan Buddha di Sriwijaya dapat juga dilihat melalui  data I Tsing 671M terdapat 1000 bhiksu  yang belajar agama Buddha dan nahu sanskrit

Cara kedatangan Pengaruh Hindu dan Buddha.

1.     Dibawa oleh golongan kesyatria atau tentera. –
2.     Pedagang atau vaisya.
3.     Golongan Brahmin atau pendeta.
4.     Proses pengambilan aspek budaya India dan disesuaikan dengan budaya tempatan. – Diterima oleh sejarawan dengan bukti berikut:
§        Jumpaan seni arca yang kasar yang ada langgam bercirikan AT spt arca dengan ikatan tali kulit harimau di Srivijaya.
§        Candi yang didirikan spt Borobudur, Lembanh Bujang, Prambanam, Angkor Wat.
§        Amalan  kepercayaan – agama Buddha dan Hindu . Kedah Tua – Buddha, Dieng, Indonesia – Hindu. 7 M Kerajaan di Takuapa dan Pulau Bangka – Hindu, Sumatera dan Jawa – Buddha Mahayana.
§        Sistem beraja
§        Aspek amalan agama dan sistem beraja dipengaruhi perdagangan sejak 5SM. – untuk dapatkan emas. Ketara bila Maharaja Vespian ,Rom hentikan  perdagangan emas dengan India.

GAMBAR-GAMBAR MENGENAI TAMADUN AWAL ASIA TENGGARA






No comments:

Post a Comment