Tuesday 12 November 2013

PARAMESWARA PENGASAS KESULTANAN MELAYU MELAKA

PENGASASAN KESULTANAN MELAYU MELAKA

KETIBAAN PARAMESWARA DI TEMASIK


  • Ahli  sejarah sependapat bahawa  kerajaan Melaka diasaskan oleh Parameswara.
  • Parameswara  ialah putera raja dari Palembang,iaitu pusat kerajan Srivijaya.
  • Kerajaan Majapahit yang berpusat di Jawa telah menguasai Srivijaya,termasuk Palembang dan Temasik.
  • Parameswara yang gagal membebaskan Palembang daripada kerajaan Majapahit menyebabkan raja Majapahit bertindak menyerang Palembang.
  • Parameswara dan pengikut-pengikutnya terpaksa meninggalkan Palembang.
  • Parameswara dan pengikutnyat tiba di Temasik,kerajaan naungan Siam.
  • Parameswara dan pengikutnya disambut baik oleh Temagi,iaitu wakil Siam di Temasik.
  • Parameswara berpendapat bahawa Temasik berpontensi berkembang maju kerana kedudukannya yang strategik.
  • Parameswara berusaha menuntut hak pertuanannya untuk menjadi pemerintah di Temasik kerana Temasik pernah menjadi naungannya.
  • Dalam tuntutan tersebut,Parameswara telah membunuh Temagi.
  • Selepas membunuh Temagi,Parameswara memajukan Temasik untuk mengembalikan kegemilangan Srivijaya.
  • Pembunuhan Temagi membangkitkan kemarahan kerajaan Siam dan Siam cuba menuntut bela atas pembunuhan Temagi.
  • Pada masa yang sama,kerajaan Majapahit juga cuba menakluki Temasik.
  • Ancaman daripada Siam dan Majapahit menyebabkan Parameswara terpaksa meniggalkan Temasik dan mencari perlindungan di tempat lain.







    KETIBAAN PARAMESWARA DI MELAKA



  • Setelah meniggalkan Temasik,Parameswara dan Orana Laut menuju ke Muar.
  • Mereka tidak tinggal lama di Muar kerana keadaan disitu tidak sesuai untuk mendirikan kerajaan.
  • Parameswara dan Orang Laut meneruskan perjalanan melalui Sening Ujung dan Bertam menuju ke utara.
  • Mereka tiba di sebuah perkampungan nelayan yang penduduknya terdiri  daripada Orang Laut,orang Melayu dan Orang Asli.
  • Parameswara berpendapat bahawa perkampungan tersebut mempunyai beberapa kelebihan.Antaranya ialah:

    # Kedudukan berhampitan dengan laut yang menjadi laluan kapal - kapal dagang.
KAPAL DAGANG


          # Bekalan air bersih dan mudah didapati.
          # Bentuk muka buminya yang berbukit bukau boleh dijadikan petunjuk kepada                     pelayar.




BENTUK MUKA BUMI BERBUKT BUKAU

        # Pokok bakau api-api di tebing sungai menjadi pelindung semula jadi dan dapat                   dijadikan benteng pertahanan.


POKOK BAKAU PELINDUNG SEMULA JADI
           #Kegiatan perdagangan di pelabuhannya tidak diganggu oleh tiupan angin                           monsun kerana pelabuhannya terlindung daripada angin monsun.



No comments:

Post a Comment