Monday, 11 November 2013

ZAMAN PRA SEJARAH

ZAMAN PALEOLITIK



  • Bermula kira-kira 200 000 hingga 300 000 tahun dahulu.
  • Dikenali sebagai zaman batu kerana masyarakat pada zaman ini menggunakan alat batu dalam kehidupan harian mereka.
  • Kawasan Masyarakat Paleolitik:

                      # Bukit Jawa,Perak
                      # Kota Tampan,Perak
                      # Bukit Bunuh,Perak
                      # Gua Niah,Sarawak
                      # Tingkayu,Sabah







GUA NIAH

ALAT REPIHAN -ALAT BATU PENETAK
(Biasanya digunakan untuk memotong daging/tetak pokok)

  • Tinggal disekitar gua batu kapur&sekitar kawasan tasik
  • Kegiatan utama memburu binatang dan memungut hasil hutan
  • Kegiatan ini dijalankan secara sara diri,iaitu hanya untuk kegunaan sendiri.



GUA BATU KAPUR

KAWASAN SEKITAR TASIK

MEMBURU BINATANG

MEMUNGUT HASIL HUTAN




  • Mereka dikenal sebagai nomad kerana mereka hidup berpindah randah.
  • Mengamalkan kepercayaan Animisme
  • Animisme ialah satu kepercayaan bahawa setiap benda dalam alam memepunyai semangat.Semangat itu hendaklah dipuja kerana semangat itu dipercayai dapat mempengaruhi kehidupan masyarakat yang mengamalkannya.
  • Mengamalkan upacara perkuburan.Di Gua Gunung Runtuh,satu rangka manusia Zaman Paleolitik telah ditemui pada tahun 1990.Manusia yang dinamakan  Manusia Perak  ini ditemui dalam keadaan kakinya terlipat.


    MANUSIA PERAK










ZAMAN NEOLITIK



  • Berlaku kira kira 7 000 tahun dahulu.
  • Zaman perkembangan teknologi batu kepada teknologi tembikar
  • Mula bercucuk tanam , memelihara haiwan ternakan , dan membuat tembikar daripada tanah liat

CONTOH ALAT TEMBIKAR YANG DIHASILKAN
BERCUCUK TANAM
  • Menjalnkan kegiatan perdagangan secara tukar barang

PERDAGANGAN SECARA TUKAR BARANG
  • Kawasan Neolitik di Malaysia:
    # Gua Cha,Kelantan# Bukit Tengkorak,Sabah

GUA CHA, KELANTAN
BUKIT TENGKORAK, SABAH


  • Tinggal di gua/berhampiran dengan sungai.

TINGGAL DI GUA

TINGGAL BERHAMPIRAN SUNGAI/TASIK
  • Mengamalkan sistem bermasyarakat seperti memiliki ketua dan pembahagian kerja yang khusus.
  • Mengamalkan kepercayaan Animisme.Mempunyai upacara pengebumian yang khusus.
  • Zaman Neolitik di Gua Cha menunjukkan baahwa mereka mengebumikan barang keperluan harian bersama-sama mayat.



KEPERLUAN HARIAN DIKEBUMIKAN BERSAMA-SAMA MAYAT









ZAMAN LOGAM

  • Belaku kira-kira 4 00 tahun lalu.
  • Pada masa itu manusia telah mencipta alat yang diperbuat daripada gangsa dan besi.

    CONTOH ALAT YANG DIPERBUAT DARIPADA BESI DAN GANGSA

  • Zaman Logam di Malaysia:
    # Sungai Tembeling,Pahang
    # Gua Harimau,Perak
    # Changkat Menteri,Perak

    GUA HARIMAU,PERAK
    SUNGAI TEMBELING,PAHANG

  • Mula hidup secara menetap.Namun demikian,masih ada sebilangan daripada mereka yang menetap di tebing sungai dan di dalam gua.
  • Bercucuk tanam,menangkap ikan,memburu,dan menternak haiwan
  • Menjalankan pengebumian dengan menggunakan kepingan batu.

No comments:

Post a Comment