Jepun menjalankan pemerintahan bercorak ketenteraan ketika menduduki negara kita.
Kedatangan Jepun
- Pemerintahan Maharaja Mikado Meiji pada tahun 1868 telah membawa kepada kemunculan Jepun sebagai kuasa imperialis baru.
 
- Maharaja Mikado Meiji berjaya memodenkan Jepun dalam tempoh 30 tahun dengan melancarkan gerakan yang dikenal sebagai "Pemulihan Meiji".
 
- Pelancaran Pemulihan Meiji ini banyak menekankan unsur pemodenan dan perindustrian.
 
- Bagi memajukan Jepun, kerajaan Meiji menjadikan negara-negara Barat sebagai model.
 
- Negara China menjadi sasaran awal peluasan kuasa Jepun kerana China:
- banyak mempunyai bahan mentah;
 
- berpotensi menjadi pasaran barangan Jepun.
 
 
- Jepun dianggap sebagai sebuah kuasa besar
 setelah berjaya menewaskan tentera Rusia dalam Perang Rusia-Jepun yang 
berlaku pada tahun 1905.
 
- Peristiwa ini adalah penting kerana buat kali pertama sebuah negara Asia berjaya mengalahkan kuasa Eropah.
 
- Peluasan kuasa Jepun sehingga Perang Dunia Kedua adalah seperti yang berikut:
| 
Tahun
 | Peluasan Kuasa Jepun | 
| 1895 | Kemenangan Jepun dalam Perang China-Jepun Pertama. | 
| 1905 | Kemenangan Jepun dalam Perang Rusia Jepun. | 
| 1910 | Penaklukan kuasa Jepun ke atas Korea. | 
| 1932 | Penjajahan Jepun di Manchuria. | 
| 1937 | Kemenangan Jepun dalam Perang China-Jepun Kedua. | 
| 1941 | Serangan Jepun terhadap Asia Tenggara. | 
 
- Peluasan kuasa Jepun juga dipengaruhi oleh masalah ekonomi di Jepun, iaitu:
- kekurangan tanah pertanian akibat pertambahan penduduk Jepun;
 
- keperluan kawasan pasaran baru untuk memasarkan hasil perindustrian;
 
- keperluan bahan mentah seperti bijih timah, petroleum, dan getah untuk menjadikan Jepun sebagai sebuah negara industri.
 
 
- Pada tahun 1937, kuasa Jepun telah berjaya menakluk sebahagian negara China akibat tercetusnya Perang China-Jepun Kedua.
 
- Pada tahun 1940, keadaan menjadi semakin 
mendesak apabila Amerika Syarikat mengenakan sekatan ekonomi terhadap 
Jepun kerana keengganan pihak Jepun berundur dari China.
 
- Tindakan Amerika Syarikat itu menyebabkan golongan tentera Jepun yang dipimpin oleh Jeneral Tojo menyerang Asia Tenggara.
 
- Serangan tersebut bertujuan untuk melepaskan Jepun daripada sekatan tersebut.
 
- Sejak bulan Februari 1936, golongan tentera telah mengambil alih kuasa pentadbiran di negara Jepun.
 
- Semasa Jeneral Tojo menjadi Perdana Menteri Jepun, semua kuasa Barat berjaya diusir dari Asia Tenggara.
 
- Pihak Jepun menggunakan propaganda untuk mempengaruhi rakyat Tanah Melayu dengan slogan-slogan seperti:
- "Semangat Asia";
- negara-negara Asia mempunyai jati diri dan kekuatan yang tersendiri untuk menghadapi sesuatu cabaran.
 
 
- "Asia untuk orang Asia";
- negara 
Asia adalah untuk orang Asia dan tidak sepatutnya dikuasai oleh kuasa 
Barat. Sebagai buktinya, Thailand tidak diserang oleh Jepun kerana tidak
 ditakluk oleh mana-mana kuasa Barat.
 
 
- "Kawasan Kesemakmuran Bersama Asia Timur Raya".
 
 
- Slogan-slogan ini berunsur antipenjajah 
Barat dan menonjolkan imej Jepun sebagai penyelamat negara-negara Timur 
daripada penindasan kuasa-kuasa Barat.
 
- Strategi Jepun ini amatlah berkesan 
sehingga penjajahan Jepun yang menggantikan British tidak begitu 
dirasakan oleh penduduk Tanah Melayu.
 
- Pengajaran kepada kita daripada peristiwa ini ialah slogan yang baik adalah perlu untuk melancarkan sesuatu misi.
 
- Sebagai rakyat yang bertanggungjawab, kita patut berhati-hati terhadap propaganda dari luar.
 
- Pada 8 Disember 1941, tentera Jepun mendarat serentak di Thailand (Singgora dan Pattani) dan di Pantai Sabak, Kota Bahru.
 
- Ini menandakan bermulanya kemaraan tentera Jepun di Tanah Melayu.
 
- Tentera Jepun yang mendarat di Thailand terus mara ke Jitra, Kedah.
 
- Kemudiannya, tentera Jepun dipecahkan kepada dua, iaitu:
- sepasukan mengikut jalan darat menuju bandar-bandar utama di negeri-negeri pantai barat;
 
- sepasukan lagi, menuju ke Pulau Pinang dan meneruskan kemaraan ke selatan mengikut pesisiran pantai barat.
 
 
- Sementara itu, tentera Jepun yang mendarat di Kota Bahru pula mara ke selatan melalui jalan darat di negeri-negeri pantai timur.
 
- Anggaran kekuatan tentera Jepun dan tentera British di Tanah Melayu adalah seperti yang berikut:
| Tentera Jepun | Tentera British | 
| 80 ribu tentera | 100 ribu tentera | 
| 410 buah kapal terbang pejuang | 141 buah kapal terbang pejuang | 
| 80 buah kereta kebal | 2 buah kapal perang | 
100 buah kereta 
kebal kecil | 
 
- Di Borneo, tentera Jepun mendarat di Miri, Sarawak.
 
- Dari Miri, tentera Jepun berpecah kepada dua pasukan, iaitu:
- sepasukan meneruskan kemaraan ke Sabah melalui Labuan dan kemudiannya ke Sandakan;
 
- sepasukan lagi ke Kuching dan seterusnya ke Sibu.
 
 
- Tentera Jepun kemudiannya meneruskan 
kemaraannya ke kawasan pesisiran pantai Sarawak dan Sabah, terutamanya 
di bandar-bandar besar.
 
- Serangan tentera Jepun ke Sarawak dan Sabah tidak menghadapi tentangan yang sengit.
 
Kemaraan Tentera Jepun ke Semenanjung Tanah Melayu (8 Disember 1941 hingga 15 Februari 1942)
- Serangan melalui pesisiran pantai barat. Tarikh-tarikhnya:
- 8 Disember 1941;
- tentera Jepun mendarat di Singgora dan Patani.
 
 
- 12 Disember 1941;
- dari Singgora dan Patani, tentera Jepun sampai ke Jitra.
 
 
- 13 Disember 1941;
- tentera Jepun bertapak di Alor Setar.
 
 
- 17 Disember 1941;
- tentera Jepun mara ke Pulau Pinang.
 
- dari Pulau Pinang, tentera Jepun menuju ke selatan melalui pesisiran pantai dengan menggunakan bot-bot yang dirampas.
 
 
- 10 Januari 1942;
- tentera Jepun sampai ke Port Swettenham.
 
 
- 21 Januari 1942.
- tentera Jepun mara ke Batu Pahat.
 
 
 
- Serangan melalui jalan darat di negeri-negeri pantai barat. Tarikh-tarikhnya:
- 13 Disember 1941;
- tentera Jepun bertapak di Alor Setar.
 
- dari Alor Setar, tentera Jepun menuju ke selatan melalui bandar-bandar utama dengan menggunakan basikal dan kereta kebal.
 
 
- 26 Disember 1941;
- tentera Jepun sampai di Ipoh.
 
 
- 7 Januari 1942;
- tentera Jepun berada di Slim River.
 
 
- 11 Januari 1942;
- tentera Jepun berjaya menguasai Kuala Lumpur dan ini merupakan kejayaan awal pendudukan tentera Jepun.
 
 
- 16 Januari 1942;
- tentera Jepun bertapak di Muar.
 
 
- 31 Januari 1942.
- tentera Jepun sampai ke Johor Bahru.
 
 
 
- Serangan Jepun melalui jalan darat di negeri-negeri pantai timur. Tarikh tarikhnya:
- 8 Disember 1941;
- tentera Jepun mendarat di Kota Bahru.
 
 
- 31 Disember 1941;
- tentera Jepun sampai ke Kuantan.
 
 
- 28 Januari 1942;
- tentera Jepun berada di Mersing.
 
 
- 31 Januari 1942;
- tentera Jepun bertemu di Johor Bahru.
 
 
- 15 Februari 1942.
- tentera Jepun menawan Singapura.
 
- dengan penawanan ini, seluruh Tanah Melayu telah jatuh ke tangan tentera Jepun.
| 
British Mencuba Menyekat Kemaraan Jepun
 | 
- Tentera British membuat pertahanan di Singapura.
 
- Apabila menyedari tentera Jepun menyerang
 dari arah utara, tentera laut British bergerak mara ke utara untuk 
menyekat kemaraan tentera Jepun.
 
- Pada 10 Disember 1941, tentera berani mati Jepun menenggelamkan kapal British iaitu Repulse dan Prince of Wales.
 
- Tindakan tentera Jepun itu telah melemahkan perjuangan tentera British.
 
 
 | 
 
 
 
Cara Kemaraan Tentera Jepun
Tentera Jepun mara ke Tanah Melayu melalui beberapa cara, iaitu:
- Menggunakan kapal perang
- tentera Jepun menggunakan kapal terbang perang untuk menyerang askar British di Tanah Melayu;
 
- kapal terbang perang ini juga memberikan perlindungan kepada tentera darat Jepun.
 
 
- Menggunakan bot
- bot digunakan oleh tentera Jepun untuk mendaratkan tenteranya dari kapal perang yang sukar berlabuh di pantai.
 
 
- Menggunakan kereta kebal
- tentera Jepun berjaya memaksa tentera British berundur dengan kereta kebal penggempur;
 
- kereta kebal kecil yang bersifat ringan dan lebih mudah dikendalikan digunakan oleh tentera Jepun juga.
 
 
- Menggunakan basikal
- basikal digunakan untuk melalui jalan yang sempit;
 
- cara ini dapat mempercepat perjalanan tanpa disedari oleh askar British.
 
 
Kemusnahan Akibat Peperangan
- Peperangan telah menyebabkan kemusnahan. Antaranya:
- infrastruktur;
 
- bangunan;
 
- sumber ekonomi.
 
 
- Contoh kemusnahan yang berlaku adalah seperti:
- bangunan Muzium Selangor musnah akibat serangan tentera Jepun. Ini menunjukkan peperangan turut menghancurkan tamadun manusia;
 
- tentera British meletupkan Jambatan Guillemard di Kuala Krai untuk menyekat kemaraan tentera Jepun;
 
- banyak bangunan dimusnahkan akibat peperangan ini.
 
 
- Taktik "Bumi Hangus" digunakan oleh tentera British semasa berundur dari Tanah Melayu. 
 
- Melalui taktik tersebut, tentera British 
memusnahkan jalan raya, landasan kereta api, jambatan, ladang-ladang, 
dan kawasan perlombongan untuk:
- melumpuhkan ekonomi;
 
- melengah-lengahkan kemaraan Jepun.
 
 
- British memusnahkan dokumen-dokumen kerajaan dan membakar telaga minyak di Miri, Sarawak.
 
- Cita-cita Jepun untuk mengawal bahan mentah di negara kita telah gagal akibat kemusnahan ini.
 
- Kita haruslah sentiasa berusaha 
mengelakkan sebarang peperangan daripada berlaku di negara kita untuk 
menjamin daripada berulangnya peristiwa kemusnahan itu.
 
Pertahanan Tentera British terhadap Kemaraan Tentera Jepun
- Tentera
 British di Tanah Melayu yang terdiri daripada tentera-tentera India – 
Gurkha, British, dan Australia gagal menyekat kemaraan tentera Jepun.
 
- Tentera British terpaksa berundur ke selatan.
 
- Bandar-bandar utama dari utara ke selatan satu demi satu dikuasai oleh Jepun.
 
- Tentera British pula memang tidak berhasrat mempertahankan Tanah Melayu dengan bersungguh-sungguh kecuali Singapura.
 
- Mereka bertumpu kepada pertahanan negara Britain daripada serangan tentera Paksi di Eropah.
 
- Sebaliknya, Rejimen Askar Melayu yang 
diketuai oleh Leftenan Adnan telah berjuang bermati-matian untuk 
mempertahankan Tanah Melayu.
 
- Rejimen Askar Melayu gigih menjalani 
latihan untuk menghadapi peperangan. Walaupun bilangnya kecil namun 
semangat perjuangannya amat mengagumkan.
 
- Leftenan Adnan, ketua pasukan pertahanan di Bukit Gap, Singapura telah terkorban dalam pertempuran semasa mempertahankan negara.
 
- Seluruh Tanah Melayu termasuk Singapura jatuh ke tangan tentera Jepun selepas sepuluh minggu tentera Jepun mendarat.
 
- Leftenan Jeneral A. E. Percival menyerahkan diri kepada Leftenan Jeneral Yamashita Tomoyuki pada 15 Februari 1942 di Singapura.
 
- Leftenan Jeneral Yamashita yang lebih dikenal sebagai Harimau Malaya telah mengetuai serangan Jepun di Tanah Melayu.
 
- Pengajaran yang kita peroleh daripada peristiwa ini ialah, tidak mengharapkan kuasa asing untuk mempertahankan tanah air kita sendiri.
 
Kejayaan Tentera Jepun
- Faktor kejayaan Jepun mengalahkan British di Tanah Melayu ialah:
- perancangan awal perang;
- Jepun menggunakan propaganda untuk mempengaruhi fikiran dan mendapatkan kerjasama penduduk di Tanah Melayu.
 
- aktiviti perisikan dijalankan oleh Jepun di Tanah Melayu untuk mendapatkan maklumat bagi memudahkan serangan.
 
 
- peranan Kesatuan Melayu Muda (KMM);
- penyebaran propaganda Jepun di Tanah Melayu dibantu oleh KMM.
 
- maklumat perisikan tentang Tanah Melayu diberikan oleh KMM.
 
- KMM menjadi penunjuk arah semasa kemaraan Jepun.
 
 
- kelengkapan perang tentera Jepun;
- Jepun menggunakan banyak kapal terbang pejuang yang moden seperti 'Zero Fighter'.
 
- kereta kebal yang digunakan oleh tentera Jepun sesuai dengan bentuk muka bumi di Tanah Melayu.
 
 
- taktik serangan Jepun;
- pangkalan utama tentera Amerika Syarikat di Asia Pasifik, Pearl Harbour di Hawaii, dimusnahkan oleh Jepun.
 
- oleh sebab pertahanan utama British tertumpu di Singapura, Jepun memulakan serangan dari utara Tanah Melayu.
 
 
- semangat tentera Jepun;
- tentera Jepun berjuang untuk kemegahan negara mereka.
 
- tentera Jepun rela mati demi maharaja Jepun.
 
- tentera Jepun berpengalaman kerana pernah terlibat dalam Perang China-Jepun.
 
 
- pakatan Jepun-Thailand;
- Jepun diberikan laluan untuk mendarat di Thailand.
 
- sebagai balasannya, Jepun tidak menyerang Thailand.
 
- Kelantan, Terengganu, Perlis, dan Kedah diserahkan oleh Jepun kepada Thailand.
 
 
- kelemahan tentera British.
- oleh sebab British lebih menumpukan perhatian terhadap 
peperangan di Eropah, tentera British tidak bersedia untuk menghadapi 
serangan Jepun di Tanah Melayu.
 
- tentera British kurang terlatih dan kekurangan peralatan perang.
 
- perubahan sikap askar India yang berkhidmat dengan British menyebabkan mereka menjadi anti-British.
 
- British hanya menumpukan pertahanannya di Singapura.
 
 
 
- Banyak pihak seperti Amerika Syarikat dan
 Britain sendiri terperanjat kerana kejayaan tentera Jepun menakluki 
negara kita dalam masa yang singkat.
 
- Kunci kejayaan tentera Jepun ialah:
- strategi peperangan yang baik terutamanya kegiatan perisikan yang berkesan;
 
- kelemahan pertahanan tentera British;
 
- penduduk tempatan tidak menentang kedatangan tentera Jepun kerana terpengaruh dengan slogan-slogan propaganda Jepun;
 
- kebijaksanaan Jepun mengambil kesempatan semasa kuasa-kuasa Barat 
menumpukan perhatian terhadap peperangan di Eropah untuk menyerang Tanah
 Melayu.
 
 
- Kegiatan perisikan Jepun:
- ejen perisikan ialah rakyat Jepun di Tanah Melayu dan anggota tentera Jepun;
 
- mereka menyamar sebagai:
- pelancong
 
- orang Cina
 
- pekedai runcit
 
- pekedai dobi
 
- pekedai gula-gula
 
- tukang gunting rambut
 
- tukang gambar
 
- pekedai ikan hiasan
 
- penarik beca
 
 
 
Dasar Pemerintahan Tentera Jepun
- Pemerintahan
 bercorak tentera diperkenalkan di Tanah Melayu, Sarawak, dan Sabah oleh
 pihak Jepun selepas British menyerah kalah. 
 
- Tanah Melayu diberikan nama Malai Baru (Melayu Baru).
 
- Singapura diberikan nama Syonan (Cahaya Selatan). Pentadbirannya diasingkan daripada Tanah Melayu.
 
- Pentadbiran Jepun di Tanah Melayu dibahagikan kepada dua, iaitu:
- pentadbiran pusat;
 
- pentadbiran wilayah.
 
 
- Pada mulanya, Tanah Melayu dan Sumatera diletakkan di bawah satu pentadbiran.
 
- Pengarah Agung mengetuai pentadbiran pusat dan berpusat di Singapura.
 
- Terdapat pentadbiran wilayah yang terdiri daripada negeri-negeri di bawah pentadbiran pusat.
 
- Gabenor Wilayah mengetuai setiap wilayah.
Pentadbiran Pusat
| Pejabat Perang (di Tokyo) |  
 
 | 
  |  |  |   |  |  | 
| Pengarah Agung (di Singapura) |  
 
 | 
| 
 | 
| 
 | 
 | 
 | 
 
Pentadbiran Wilayah
Struktur Pentadbiran Jepun di Tanah Melayu
- Sebagai tanda menghargai kerjasama Thailand yang memberi laluan kepada tentera Jepun, negeri Kelantan, Terengganu, Perlis, dan Kedah diserahkan kepada negara tersebut.
 
- Jepun menggabungkan Sabah, Sarawak, dan 
Brunei menjadi satu unit pentadbiran pusat yang dikenal sebagai 
pentadbiran Borneo Utara.
 
- Gabenor Jeneral mengetuai pentadbiran Borneo Utara dan beribu pejabat di Kuching.
 
- Sabah dibahagikan kepada dua wilayah manakala Sarawak dibahagikan kepada tiga wilayah.
 
- Setiap wilayah diketuai oleh seorang Gabenor Wilayah.
 
- Pentadbiran di peringkat daerah sama ada 
di Tanah Melayu, Sabah, dan Sarawak tidak banyak berubah seperti di 
bawah pentadbiran British.
Pejabat Perang 
(di Tokyo) |  
 
 | 
| 
 | 
Gabenor Jeneral 
(di Kuching) |  
 
 | 
| 
 | 
| Gabenor Wilayah |  
- Kuching
 
- Sibu
 
- Miri
 
- Jesselton
 
- Sandakan
 
 
 |  
 
 | 
| 
 | 
| 
 | 
| 
 | 
Pegawai Daerah 
(15 buah daerah) |  
 
 | 
| 
 | 
| 
 | 
Struktur Pentadbiran Jepun
di Sabah dan Sarawak.
 
- Bagi mencapai matlamat pendudukan Jepun di Tanah Melayu, pelbagai dasar diperkenalkan di Tanah Melayu.
 
- Dasar pentadbiran tentera Jepun selalu berubah-ubah mengikut kepentingan Jepun.
 
- Tentera Jepun tidak pernah menjaga kebajikan penduduk tempatan.
 
- Penduduk tempatan pula tidak mempunyai hak untuk menyuarakan pendapat mereka.
 
- Terdapat muslihat yang tertentu di sebalik dasar yang diperkenalkan oleh pihak Jepun.
 
- Dasar Jepun yang lebih bermanfaat kepada 
penduduk tempatan diperkenalkan apabila pihak Jepun mendapati mereka 
akan kalah dalam Perang Dunia Kedua.
 
- Perubahan tersebut bertujuan untuk 
mendapatkan sokongan rakyat supaya tidak menyokong British apabila 
kembali ke Tanah Melayu kelak.
 
Dasar Pemerintahan Tentera Jepun di Tanah Melayu
- Dasar pemerintahan tentera Jepun di Tanah Melayu dapat dilihat daripada beberapa aspek seperti:
- dasar politik;
- kedudukan sultan
- sultan diberikan elaun seperti semasa pemerintahan British.
 
- sultan bukan pemerintah negeri.
 
- sultan hanya merupakan ketua agama Islam dan adat istiadat Melayu.
 
 
- status Tanah Melayu
- Tanah Melayu dijadikan tanah jajahan Jepun.
 
 
- Majlis Agama Islam
- majlis ini hanya ditubuhkan ketika tentera Jepun hampir kalah.
 
 
 
- dasar ekonomi;
- mata wang Jepun
- mata wang Jepun diperkenalkan.
 
 
- eksploitasi ekonomi
- bagi menampung kegiatan pemerintahan dan membiayai peperangan, tentera Jepun mengeksploitasi ekonomi Tanah Melayu.
 
 
- pengenalan ekonomi kawalan
- ekonomi sara diri digiatkan untuk pengeluaran makanan harian.
 
- bagi mengatasi masalah kekurangan barang keperluan harian, catuan makanan dilaksanakan.
 
- syarikat Jepun yang dikenal sebagai 'Kaisha' diberikan layanan istimewa.
 
 
 
- dasar penjepunan dan sosial;
- kesetiaan terhadap Jepun
- penduduk Tanah Melayu dikehendaki menumpukan kesetiaan kepada Maharaja Jepun.
 
- lagu kebangsaan Jepun iaitu Kimigayo dinyanyikan di sekolah pada setiap pagi.
 
 
- penggalakan budaya Jepun
- bahasa pengantar di sekolah ialah Nippon-Go (bahasa Jepun).
 
- cuti sempena harihari perayaan Negara Jepun diperkenalkan.
 
 
- pengaruh Barat dan Cina
- untuk menghapuskan pengaruh British dan China, sekolah- sekolah Inggeris dan Cina ditutup.
 
 
- orang Melayu
- bagi mendapatkan kerjasama orang Melayu untuk meneruskan pemerintahan, orang Melayu dilayan dengan baik.
 
 
- orang India
- oleh sebab Jepun ingin mendapatkan kerjasama 
daripada orang India untuk mengusir British di India, orang India 
diberikan layanan yang baik.
 
 
- orang Cina
- orang Cina dilayan dengan kasar kerana mereka menyokong kerajaan China dalam Perang China-Jepun.
 
 
 
 
- Rakyat tempatan diwajibkan mempelajari bahasa Jepun. Ruangan khas belajar bahasa Jepun disediakan dalam akhbar Fajar Asia.
 
- Antara Dasar Penjepunan termasuklah:
- kewajipan kakitangan kerajaan dan pelajar-pelajar sekolah menyanyikan 'Kimigayo' (lagu kebangsaan Jepun);
 
- penyiaran budaya Jepun dalam akhbar;
 
- pertukaran nama Stesen Kereta Api Tanjong Pagar kepada Stesen Kereta Api Syonan;
 
- penggunaan bahasa Jepun untuk nama persatuan perdagangan.
 
 
- Pihak Jepun mengeluarkan surat pemberitahuan bagi menangani masalah kekurangan bahan makanan.
 
- Surat pemberitahuan tersebut telah diedarkan ke seluruh Tanah Melayu.
Pemberitahuan Kerajaan 
Nombor 41 | 
Pertanian secara sara diri 
- Bagi mengatasi masalah 
kekurangan makanan, setiap keluarga diwajibkan menanam tanaman dan 
sayur-sayuran di halaman rumah sendiri dan dikembangkan dalam tempoh 
satu bulan dari tarikh pemberitahuan notis ini.
 
- Keluarga yang berjaya mencapai tujuan ini akan diberikan hadiah.
 
- Hukuman akan dikenakan terhadap mereka yang tidak mematuhi pemberitahuan ini atau membiarkan tanahnya kosong.
 
 
 
 | 
| Nota: | Sesiapa
 yang memerlukan bantuan dan nasihat berkaitan perkara ini boleh merujuk
 kepada Nomuka Penang atau Nomukakari di daerah masing-masing. | 
 |  | Itami Masakichi 
Penang Shu Chokan 
25 November 2603 | 
 
Reaksi Penduduk Tanah Melayu
Terdapat pelbagai reaksi daripada penduduk tempatan terhadap kemunculan tentera Jepun di Tanah Melayu.
- Reaksi orang Melayu
- sebahagian besar orang Melayu tidak menentang kehadiran Jepun, malah ada juga yang mengalu-alukannya;
 
- mereka dipengaruhi oleh propaganda Jepun seperti "Asia untuk Orang 
Asia" dan rancangan "Kawasan Kesemakmuran Bersama Asia Timur Raya";
 
- tentera Jepun memberikan layanan yang baik kepada orang Melayu;
 
- Ibrahim Haji Yaacob, pemimpin Kesatuan Melayu Muda (KMM) telah mengadakan pakatan sulit dengan pihak Jepun;
 
- beliau merupakan lepasan Maktab Perguruan Sultan Idris;
 
- pakatan dengan Jepun bertujuan membebaskan Tanah Melayu daripada penjajahan British;
 
- sokongan orang Melayu tidak kekal lama kerana kekejaman tentera Jepun;
 
- Jepun mewujudkan pemerintahan baru secara tentera yang menyusahkan kehidupan rakyat sebaik sahaja menduduki Tanah Melayu;
 
- slogan Jepun hanya muslihat untuk kepentingan mereka;
 
- status Tanah Melayu berubah menjadi jajahan Jepun;
 
- Tanah Melayu tidak diberikan kemerdekaan seperti yang dijanjikan;
 
- pihak Jepun tidak mengiktiraf kedudukan raja-raja Melayu pada peringkat awal pendudukan Jepun;
 
- pihak Jepun mengharamkan Kesatuan Melayu Muda;
 
- kekejaman tentera Jepun dikenakan terhadap sesiapa sahaja yang dianggap bersalah;
 
- pengajaran yang dapat kita peroleh melalui pemerintahan Jepun ialah 
kita harus berwaspada semasa menjalin hubungan dengan kuasa-kuasa asing.
 
 
- Reaksi orang Cina
- Perang China-Jepun yang tercetus pada tahun 1937 jelas mempengaruhi reaksi orang Cina terhadap pemerintahan Jepun;
 
- kebanyakan orang Cina terlibat dalam gerakan anti-Jepun;
 
- antara reaksi orang Cina di Tanah Melayu ialah:
- memulaukan barangan Jepun.
 
- memungut derma untuk membantu negara China.
 
- ada juga pemuda Cina balik ke negara China untuk menyertai perang menentang Jepun.
 
 
- kesannya, orang Cina dilayan secara kasar malah banyak yang dibunuh oleh tentera Jepun apabila Tanah Melayu dijajah oleh Jepun;
 
- namun, ada juga segelintir orang Cina yang menyokong Jepun dengan tujuan:
- menjaga kepentingan perniagaan.
 
- menjamin keselamatan nyawa.
 
 
 
- Reaksi orang India
- Kerjasama orang India amat diperlukan oleh Jepun untuk mengusir British di India;
 
- oleh sebab itu, orang India diberikan layanan yang baik;
 
- pihak Jepun juga menyeru orang India supaya bersatu padu menentang British;
 
- orang India yang menyertai pasukan tentera British dipengaruhi oleh Jepun supaya bekerjasama dengan mereka;
 
- kebanyakan orang India menyertai Tentera Kebangsaan India;
 
- pihak Jepun juga mendorong pengasasan Liga Kemerdekaan India untuk menentang British.
 
 
Gerakan Anti-Jepun
- Dasar
 kekejaman yang dijalankan oleh pihak Jepun di Tanah Melayu menyebabkan 
kemunculan gerakan anti-Jepun yang merupakan reaksi rakyat terhadap 
pemerintahan Jepun.
 
- Pertubuhan anti-Jepun terdapat di seluruh Tanah Melayu, Sarawak, dan Sabah juga.
 
- Dalam usaha menentang Jepun, pertubuhan 
ini telah mendapat bantuan daripada tentera Bersekutu khususnya British 
dan melancarkan perang gerila.
 
- Pertubuhan-pertubuhan yang terlibat dalam gerakan anti-Jepun di Tanah Melayu termasuklah:
- Force 136;
- terdiri daripada pegawai-pegawai tadbir Melayu.
 
- diasaskan oleh tentera Bersekutu di Johor, Pahang, dan Kedah untuk menentang Jepun di Tanah Melayu.
 
- anggotanya mendapat latihan daripada tentera Bersekutu di Sri Lanka.
 
 
- Askar Melayu Setia (AMS);
- bekerjasama dengan Force136.
 
- mendapat bantuan daripada Force 136.
 
- bergerak secara gerila.
 
 
- Malayan People's Anti-Japanese Army (MPAJA);
- ditubuhkan oleh Parti Komunis Malaya (PKM).
 
- bekerjasama dengan British.
 
- melancarkan taktik perang gerila.
 
- mendapat bantuan latihan ketenteraan, senjata, dan kewangan daripada British.
 
 
- Pasukan Wataniah Pahang.
- sultan Pahang merupakan Pemerintah Kehormat.
 
- diketuai oleh Yeop Mahidin.
 
- berhubungan baik dengan pasukan Force 136.
 
 
 
- Pertubuhan-pertubuhan yang terlibat dalam gerakan anti-Jepun di Sabah dan Sarawak termasuklah:
- pasukan gerila di Sandakan;
- melancarkan penentangan Jepun di Sandakan.
 
 
- Gerila Kinabalu;
- dipimpin oleh Albert Kwok.
 
- melancarkan pemberontakan "Double Tenth" tetapi gagal.
 
 
- pasukan gerila Datu Mustapha;
- melancarkan penentangan Jepun di Kudat.
 
 
- penentangan Jepun di pesisiran pantai Sarawak;
- menolong tentera Bersekutu mengusir tentera Jepun.
 
 
 
- Tentera Bersekutu memaksa Jepun menyerah diri pada tahun 1945.
 
- Namun, tentera Jepun enggan menyerah diri.
 
- Pada 6 Ogos 1945, tentera bersekutu yang diketuai oleh Amerika Syarikat telah menggugurkan bom atom di Hiroshima.
 
- Kemudiannya, bom atom digugurkan di Nagasaki pada 9 Ogos 1945.
 
- Pada 15 Ogos 1945, Jepun terpaksa menyerah kalah tanpa syarat.
 
- Ketua tentera Jepun di Tanah Melayu, Jeneral Seishiro Itagaki menyerah diri.
 
- Beliau menandatangani perjanjian menyerah kalah secara rasmi kepada Laksamana Louis Mountbatten, Komander Tentera Bersekutu di Asia Tenggara pada 12 September 1945 di Singapura.
 
- Di wilayah Borneo pula, Masao Baba, pemerintah tertinggi tentera Jepun ke-37 telah menyerah kalah di Surrender Point, Labuan pada 10 September 1945.
 
 
3.01.2 Kesan Pemerintahan Tentera Jepun
Politik
- Semangat
 kebangsaan dalam kalangan penduduk di Tanah Melayu, Sarawak, dan Sabah 
menyemarak apabila Jepun berjaya mengalahkan kuasa Barat dalam Perang 
Dunia Kedua.
 
- Kejayaan Jepun juga memberikan keyakinan kepada orang Asia untuk memperjuangkan kemerdekaan negara sendiri.
 
- Pemikiran penduduk tempatan dipengaruhi oleh slogan-slogan seperti "Asia untuk Orang Asia" untuk menentang penjajah Barat.
 
- Akhbar Fajar Asia merupakan 
antara akhbar yang diterbitkan pada masa pedudukan Jepun di Tanah 
Melayu. Akhbar ini berperanan penting dalam penyebaran propaganda Jepun 
di Tanah Melayu.
 
- Koa Kunrenjo merupakan sebuah Sekolah Latihan Kepimpinan yang ditubuhkan oleh pihak Jepun.
- ditubuhkan di Melaka, Pulau Pinang, dan Singapura;
 
- bertujuan menangani masalah kekurangan pegawai awam;
 
- kebanyakan pelatihnya merupakan orang Melayu dan mereka diberikan jawatan dalam pentadbiran awam setelah tamat latihan.
 
 
- Rakyat tempatan berpeluang menjawat jawatan seperti pegawai daerah.
 
- Antara mereka yang dilantik sebagai pegawai daerah ialah:
- Kapten Mohd. Salleh Haji Sulaiman di Hulu Perak;
 
- Abang Haji Openg di Kuching.
 
 
- Ibrahim Haji Yaacob dilantik sebagai Leftenan Kolonel yang memimpin pasukan Pembela Tanah Air (PETA).
 
- Jepun memberikan latihan ketenteraan kepada anggota PETA untuk menentang tentera Bersekutu.
 
- Jawatan seperti Penasihat Kebudayaan dan Adat Istiadat Melayu disandang oleh Dr. Burhanuddin Al-Helmy.
 
- Dato' Onn Ja'afar pula dilantik menjadi Pengawal Makanan Negeri Johor dan dilantik semula sebagai Ahli Majlis Negeri Johor.
 
- Semasa pemerintahan British, peluang untuk menyandang jawatan tinggi tidak pernah diberikan kepada orang Melayu.
 
- Peluang orang Melayu menyandang jawatan tinggi dalam pentadbiran diberikan oleh pihak Jepun melalui dasar tersebut.
 
- Walau bagaimanapun, dasar Jepun untuk membela negara-negara Asia tidak dilaksanakan seperti yang dijanjikan.
 
- Kegiatan politik di Tanah Melayu sentiasa diawasi oleh pihak Jepun.
 
- Kebebasan bersuara rakyat disekat oleh pihak Jepun.
 
- Pihak Jepun juga mengharamkan akhbar-akhbar yang mencurigakan.
 
- Hanya pertubuhan yang pro-Jepun dibenarkan aktif.
 
- Pada tahun 1942, Jepun telah mengharamkan KMM yang telah banyak memberikan kerjasama kepadanya.
 
- Pertubuhan-pertubuhan politik dibenarkan 
bergiat semula seperti KMM ketika pihak Jepun menerima tekanan daripada 
tentera bersekutu.
 
- Tanah Melayu dijanjikan kemerdekaan bersama Indonesia oleh Jepun.
 
- Bagi memperjuangkan kemerdekaan bersama Indonesia, Kesatuan Rakyat Indonesia Semenanjung (KRIS) ditubuhkan.
 
- Konsep Melayu Raya yang diperjuangkan oleh KMM dapat dikukuhkan melalui rancangan ini.
 
- Semasa pentadbiran Jepun, perjuangan 
kebangsaan mempunyai haluan yang tidak sama mengikut kaum dengan 
berpaksi kepada negara asal masing-masing.
 
- Kesan daripada Perang China-Jepun menyebabkan orang Cina bersikap anti-Jepun.
 
- Semangat kebangsaan dalam kalangan orang India bertujuan membebaskan negara India.
 
- Parti Komunis Malaya yang mendapat bantuan daripada pasukan Force 136 menjadi semakin berpengaruh dan berkuasa.
 
- Parti Komunis Malaya telah mengasaskan Malayan People's Anti-Japanese Army (MPAJA).
 
- Tentera MPAJA menggunakan nama "Bintang 
Tiga" yang melambangkan tiga kaum utama. Sebahagian besar anggota 
Bintang Tiga merupakan orang Cina.
 
- Pendudukan Jepun menyedarkan kita supaya tidak mudah mempercayai kebaikan yang ditawarkan oleh kuasa asing.
 
- Hal ini dapat dilihat ketika Jepun mengingkari janji untuk membebaskan Tanah Melayu.
 
- Negeri-negeri Utara Tanah Melayu juga diserahkan oleh Jepun kepada Thailand.
 
- Kekejaman tentera Jepun semakin teserlah dan dasar Jepun amat menyusahkan rakyat.
 
- Pengajaran yang kita peroleh ialah kita tidak boleh hanya bergantung pada negara lain untuk mempertahankan kedaulatan negara.
 
Ekonomi
- Cita-cita
 Jepun untuk mewujudkan 'Kawasan Kesemakmuran Bersama Asia Timur Raya' 
telah menghadapi kegagalan kerana Jepun memberikan tumpuan kepada 
peperangan. 
 
- Akibat daripada perkara tersebut;
- ekonomi di Tanah Melayu merosot;
 
- gaji pegawai kerajaan dikurangkan;
 
- kadar pengangguran meningkat.
 
 
- Sekatan ekonomi yang dikenakan oleh Kuasa Bersekutu mengakibatkan:
- perdagangan antarabangsa terhenti;
 
- beras tidak dapat diimport dari Indonesia dan Burma;
 
- hasil getah dan bijih timah tidak dapat dieksport ke Eropah;
 
- bahan mentah tidak dapat dihantar ke Jepun kerana kawalan kawasan perairan oleh kapal selam tentera Bersekutu.
 
 
- Ekonomi kawalan oleh Jepun hanya menguntungkan pihak Jepun dan tidak mendatangkan kebaikan kepada penduduk tempatan.
 
- Amalan pasaran gelap, rasuah, dan kegiatan menyorok barang berlaku di merata-rata tempat.
 
- Mata wang Jepun yang dikenal sebagai "wang pokok pisang" mempunyai nilai yang rendah kerana dicetak tanpa kawalan.
Mata wang pokok pisang. 
 
- Keadaan ini menyebabkan berlakunya inflasi kerana kekurangan barangan tetapi wang terlalu banyak di pasaran.
 
- Semasa pendudukan Jepun, sebahagian besar penduduk hidup dalam kesengsaraan dan keperitan.
 
- Bekalan barang keperluan seperti makanan, pakaian, dan ubat-ubatan sukar didapati dan harganya melambung tinggi.
| Jenis Barang | Kuantiti | Disember 1941 | Disember 1943 | Ogos 1945 | 
| 
Beras
 | 
500 gram
 | 
6 sen
 | 
$ 2.50 sen
 | 
$ 75.00
 | 
| Telur | sebiji | 3 sen | $ 0.28 sen | $ 35.00 | 
| Gula | 500 gram | 8 sen | $ 3.80 sen | $ 120.00 | 
Kenaikan harga barang keperluan mengikut mata wang Jepun.
 
- Harga barang keperluan dinaikkan mengikut mata wang Jepun.
 
- Bagi mengatasi masalah kekurangan bekalan makanan, pihak Jepun mengenakan catuan bekalan makanan terhadap rakyat.
 
- Bagi memastikan tidak ada keluarga 
mendapat bekalan melebihi daripada kadar yang ditetapkan, setiap 
keluarga diberikan kad catuan.
 
- Sebagai contohnya, sesebuah keluarga hanya boleh memiliki dua gantang beras untuk sebulan.
 
- Hal ini menyebabkan keluarga yang besar menghadapi masalah kekurangan makanan.
 
- Keledek dan ubi kayu menjadi makanan utama menggantikan nasi.
 
- Bagi mencari kehidupan yang lebih sempurna, kebanyakan penduduk bandar berpindah ke luar bandar.
 
- Penduduk di negara kita menjadi lebih kreatif akibat kesengsaraan hidup.
 
- Banyak ciptaan baru berasaskan bahan tempatan dihasilkan.
 
- Sebagai contohnya:
- kain daripada benang nanas dihasilkan;
 
- kasut getah daripada getah keping dikeluarkan.
 
 
- Ubat-ubatan tradisional menjadi semakin penting.
 
- Penduduk tempatan bergiat dalam perusahaan tradisional seperti menghasilkan:
- rokok daun;
 
- gula kelapa;
 
- minyak kelapa.
 
 
- Industri-industri baru berasaskan sumber tempatan yang diusahakan oleh syarikat Jepun banyak muncul di Tanah Melayu.
 
- Industri baru yang muncul adalah seperti yang berikut:
- pertambahan penduduk;
 
- petempatan baru;
 
- kertas daripada buluh, lalang, dan daun getah;
 
- kelambu dan kain daripada benang daun nanas;
 
- tayar tanpa tiub daripada getah padat;
 
- lori dan kereta berkuasa wap menggunakan arang;
 
- peralatan berasaskan logam dan kulit haiwan.
 
 
- Industri yang tidak ekonomi dan mengalami masalah kekurangan bahan mentah lenyap begitu sahaja.
 
Sosial
- Rakyat sentiasa berada dalam ketakutan dan kesusahan akibat berlakunya peperangan. 
 
- Sekatan perjalanan dan perintah berkurung telah dikenakan terhadap penduduk.
 
- Rakyat bimbang dianggap sebagai anti-Jepun dan saling mencuriga antara satu dengan yang lain.
 
- Ada kalangan penduduk yang menjadi mangsa kekejaman tentera Jepun dan ada pula menjadi tali barut pihak Jepun.
 
- Kempeitai merupakan pasukan polis tentera Jepun yang menjaga kepentingan pemerintahan Jepun.
 
- Kempeitai menjalankan tugas pengintipan terhadap mereka yang dianggap bersalah.
 
- Amalan Kempeitai ialah "seksa dahulu kemudian siasat".
 
- Anggota pasukan ini bertindak dengan ganas dan kejam.
 
- Hukuman mati dan hukuman dera dilakukan di khalayak ramai.
 
- Kebanyakan rakyat dipaksa menjadi buruh paksa dan tidak diberikan gaji.
 
- Mereka hanya diberikan makanan sekadar untuk menampung kehidupan.
 
- Pembinaan "Jalan Kereta Api Maut" 
sepanjang 724 km di sempadan Thailand telah melibatkan lebih daripada 70
 ribu orang buruh paksa Tanah Melayu
 
- Daripada jumlah itu, lebih satu pertiga daripadanya terkorban.
 
- Peperangan telah menyebabkan kemudahan kesihatan terjejas.
 
- Oleh sebab kekurangan zat makanan, wabak penyakit terutamanya penyakit beri-beri semakin merebak.
 
- Kebanyakan rakyat menderita akibat dijangkiti penyakit beriberi kerana tiada bekalan perubatan untuk mengubati penyakit ini.
 
- Masalah kebuluran pula berlaku di merata-rata tempat.
 
- Bekalan ubat tidak mudah diperoleh kerana tidak dapat diimport.
 
- Keadaan menjadi semakin buruk apabila tentera Jepun merampas ubat ubatan di pasaran untuk kegunaan mereka sendiri.
 
- Pendudukan Jepun telah membawa 
kesengsaraan dalam semua aspek kehidupan penduduk negara kita. Oleh itu,
 kita mesti menolak segala bentuk penjajahan terhadap negara kita.
 
 
 
No comments:
Post a Comment